Owner Post Them Follow Dash



NurulFatin's
NurulFatin's

Owner


Hello and welcome to my blog
Studying BITZ (Computer Security) at UTeM
Unofficially 20
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
♥LIFE IS A STORY. MAKES YOURS THE BEST SELLER♥
[ENTER YOUR LINK HERE :)] >


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini





:: Bila Kawan Lupakan Kawan ::

assalamualaikum...

KAWAN.


apa maksud kawan...?
okay. tadi aku google, maksud dia :


KAWAN ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.


Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


okay. tu kawan. sahabat pulak macamane...?


SAHABAT adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.


okay. faham, kan...?


tapi... the moment bila sahabat kita lupakan kita, buat macam kita ni tak wujud,
mesti sedih perih pedih kan rasa...?


rasa macam... 



ya Allah, kenapa dia buat macam ni dekat aku..?padahal dulu dia baik sangat... apa salah aku kat dia ya Allah..?

TAPI...
elakkan daripada berfikir perkara negatif ya kawan-kawan!
mungkin, ada sebab seseorang itu tinggalkan kita..



kadang-kadang, Allah hilangkan sekejap matahari, dan turunkan hujan...rupanya, Allah nak bagi yang lebih baik apabila Allah munculkan pelangi...


Allahu... :')
La Takhof, La Tahzan ya Fatin...
Innallaha Maana... :')



"selemah lemah manusia ialah orang yang tak boleh mancari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari..." {Saidina Ali}

p/s: tiada kaitan mahupun yang hidup atau yang mati.


wassalam...



lots of love,
Fatin Bunadir.