Owner Post Them Follow Dash



NurulFatin's
NurulFatin's

Owner


Hello and welcome to my blog
Studying BITZ (Computer Security) at UTeM
Unofficially 20
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
♥LIFE IS A STORY. MAKES YOURS THE BEST SELLER♥
[ENTER YOUR LINK HERE :)] >


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini





SALAM MAULIDUR RASUL


~ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 BLOGGER~

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul
Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April
571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah yang
menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah
Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin
Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-
Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang
dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan
bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan
meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung
yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,
Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan
pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir
ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra,
negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab
yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di
dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW
ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan
mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian
damai untuk memberi pertolongan kepada orang
yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan
perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-
Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki
suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan
beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun
ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah
sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan
dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk
meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan
menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan
ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/
24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-
Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun
11H/ 8 Jun 632M.


Psst:// salam MaulidurRasul … J

~wassalam…~

Labels: ,