Owner Post Them Follow Dash



NurulFatin's
NurulFatin's

Owner


Hello and welcome to my blog
Studying BITZ (Computer Security) at UTeM
Unofficially 20
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
♥LIFE IS A STORY. MAKES YOURS THE BEST SELLER♥
[ENTER YOUR LINK HERE :)] >


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini





TIPS BERTUDUNG

~ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 BLOGGER~


apa khabar readers semua?? diharap agar readers sihat walafiat hendaknya... Aminn...


hari ni, fatin nak cover balik entri hari tu... yang fatin tertukar dengan entri PERIGI CARI TIMBA tu...


almaklumlah, orang perempuan walau bertudung pun mesti nak nampak bergaya jugak, kan??


anyway, enjoy yourself...


BENTUK MUKA BUJUR :-
Kebiasaanya, inilah bentuk muka idaman semua gadis kerana ia mudah untuk menyesuaikan jenis tudung yang dipakai. Dalam pemakaian tudung, bentuk muka memainkan peranan penting. Bagi kamu yang mempunyai bentuk muka bujur, kamu bebas memilih gaya bertudung. Malah, kamu tidak perlu mengenakan cekak untuk mengekalkan bentuk tudung. Jadi, jika kamu penggemar selendang, kamu bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang yang disesuaikan samada dengan anak tudung atau tidak.

BENTUK MUKA PETAK :-
Bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Apabila mengenakan tudung, bahagian tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung dan gunakan cekak supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Bagi kamu yang mempunyai bentuk muka seperti ini perlulah bijak menggayakan selendang. Ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

BENTUK MUKA SEGI TIGA :-
Ciri utama bagibentuk muka segi tiga ialah emiliki dagu yang panjang. Ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Pilihlah tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagia rahang kamu tampak terbuka. Untuk tidak nampak terlalu kosong pada bahagian sebelah kiri dan kanan telinga, kamu disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak jenis lembut sebelum memakai anak tudung tersebut. Kepada mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga, pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang yang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang perlulah menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul.

BENTUK MUKA PANJANG :-
Seperti bentuk muka segi tiga, mereka yang mempunyai bentuk muka panjang dijelaskan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, kamu disarankan untuk menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syiria bersama selendang adalah disarankan bagi kamu yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Keistimewaan yang sama dengan mereka yang berwajah bujur iaitu boleh menggayakan kesemua jenis selendang.

BENTUK MUKA BULAT :-
Bentuk muka bulat dijelaskan kepada mereka yang mempunyai jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertembung di pipi. Kamu yang mempunyai bentuk muka ini disarankan agar menggunakan cekak terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diprbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Cekak yang digunakan akan membayangkan dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang, kamu disarankan untuk memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak nampak janggal ketika digayakan. Selendang Pashmina nipis amat sesuai bagi kamu yang memiliki bentuk muka bulat. Namun, disarankan agar menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya supaya bentuk muka kelihatan bujur.


haa, sekarang dah tau kan macam mana nak berfesyen and kelihatan bergaya ketika bertudung??


berfesyen, berfesyen juga tapi aurat kena lah jaga. tatacara pemakaian tudung juga mestilah jaga iaitu melepasi bahagian dada. jangan kat depan je labu, kat bahagian belakang pun kena labuh jugak, ea... ;)


*adaption from Majalah REMAJA 1 Nov 2011


~wassalam...~

Labels: , ,