Owner Post Them Follow Dash



NurulFatin's
NurulFatin's

Owner


Hello and welcome to my blog
Studying BITZ (Computer Security) at UTeM
Unofficially 20
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
♥LIFE IS A STORY. MAKES YOURS THE BEST SELLER♥
[ENTER YOUR LINK HERE :)] >


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini





PERBEZAAN KETARA ANTARAADAMI DAN HAWA

~ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 BLOGGER~


hype! peace never war!


hari ni, takde topik la nak post...


then, tetibe aku teringat... pasal member2 aku baik lelaki mahupun perempuan...


and, secara automatiknye, aku mendapat satu idea...


iaitu DIFFERENCES BETWEEN BOY AND GIRL...


bebudak kelas aku pun pelik2 jugak perangainye esp boys...


yang selalu membuli kaum2 hawa seperti kami... iskisksi....


patutle bile aku baca artikel ni, memang jauh berbeza rupenye sikap kaum aADAM dan HAWA ni, yerkkk...


so, dikesempatan ini, nak la aku share dengan kome pasal bende ni...


PERBEZAAN KETARA ANTARA ADAM & HAWA :-


1 .NAMA :-
jika Laila, Aishah, dan Sarah keluar makan bersama, mereka akan tetap memanggil nama sebenar mereka sesama sendiri.
jika Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz keluar makan bersama, mereka akan memanggil Boroi, Raksasa, Hitam dan Panau sesama mereka. (hahah ada yang pernah buat, ke)

2 . MAKAN DI LUAR :-
apabila dapat bayaran bil, anita, aishah dan sarah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.
apabila dapat bil bayaran, adi, syahril, lutfi dan faiz akan mengeluarkan RM10 setiap seorang walaupun harganya ialah RM40.25. tiada antara mereka yang mengeluarkan jumlah sen tersebut. (aku penah kene. baru je tadi. keluar dengan cousin, kene bayar bil ni. kitorang share and total dia RM2.50. dia just keluarkan RM2 je... aku pandang die, die pandang aku, akak tu pun pandang aku. grrr~ oke3! fine! apelagi, aku pun keluarkan 0.50 sen tuh... haduiii~ kate nak belanja)

3 . DUIT :-
lelaki akan bayar duit beberapa saja untuk memilik sesuatu barangan idaman hatinya. walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga. (terbukti, ayah aku sendiri macam tu)
wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. hal ini hanya akan terjadi apabila di waktu jualan murah.

4 . BILIK AIR :-
lelaki hanya mempunyai 5 barang saja dalam bilik air mereka iaitu sabun, berus gigi, pencukur, krim pencukur, dan juga tuala mandi.
wanita pula secara puratanya mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut serta tujuannya!

5 . PERTENGKARAN :-
wanita sering ada saja kata2 akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. ala2 kesimpulan pada pertengkaran gitu...
lelaki pula, sering menambah pada kata-kata terakhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru! (selalu kene)

6 . KUCING :-
wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini. (just like me)
lelaki?? ouh, mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita tidak memandang, lelaki akan menyepak kucing itu. (dah banyak dah aku jumpe laki macam nih)

7 . MASA HADAPAN :-
seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

8 . KEJAYAAN :-
seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti di atas itu! (gempak habesss!)

9 . PERKAHWINAN :-
seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan pernah berubah.
seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.

10 . BERGAYA :-
seorang wanita akan bergaya apabila bershopping, membuang sampah di luar rumah, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton tv.
seorang lelaki hanya akan bergaya ketika di majlis perkahwinannya dan juga majlis pengebumian!

11 . SIFAT SEMULAJADI :-
seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga sebelum tidur. gaya mereka memang tidak terurus dan begitu jugalah sekiranya setelah mereka berkahwin.
seorang wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. tetapi, apabila mereka bangun dari tidur?? huh! menakutkan... (hahahahaha, memang sifat semulajadi perempuan....)


haa~ amacam?? jelas bukan??


so, sekarang, toksah la kome wahai kawan2ku bergaduh sesama sendiri (between boys and girls)


tak senonoh tahu??


*lumrahhidupsememangnyabegitu...


~wassalam...~

Labels: , ,