Owner Post Them Follow Dash



NurulFatin's
NurulFatin's

Owner


Hello and welcome to my blog
Studying BITZ (Computer Security) at UTeM
Unofficially 20
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
♥LIFE IS A STORY. MAKES YOURS THE BEST SELLER♥
[ENTER YOUR LINK HERE :)] >


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini





KATA SANG PUJANGGA

Aku sendiri sukar mengerti
Mengapa jantung ini berdebar bagaikan mahu gugur ke bumi
Aku sendiri tidak memahami
Mengapa terasa sepi dunia ini apabila kau jauh dari sisi
Tersentak diriku apabila hati ini belajar mengenal erti cemburu...

Aku kelu sendiri, memikirkan keanehan yang menimpa diri
Seakan-akan aku melayang di udara
Ohh... indahnya perasaan ini, membuatkan aku sentiasa ingin tersenyum selalu...

Kupandang wajahnya yang tidak seindah ratu cantik Malaysia
Jauh sekali ratu cantik dunia
Kulihat senyumannya yang tidak semanis Nora Danish
Kulihat kerdipan matanya yang tidak selincah Ekin
Oppsss itu isteri Mawi...

Aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
Ohh... di manakah keindahan wanita ini
Aku tidak percaya bahawa aku boleh mencintai wanita ini
Tidak ada apa-apa keistimewaan padanya untuk kubanggakan
Sekelumit pun tidak ada ciri-ciri wanita idamanku...

Lalu, aku memilih untuk meninggalkannya, menjauhinya
Aku memilih untuk melukai hatinya
Melukai perasaannya
Aku memaksa diri untuk mengasarinya
Aku terpaksa melakukannya demi membuang perasaan ini
Demi membunuh cinta ini, dan menamatkan rasa tersayang...

Namun, sukarnya membuang rasa rindu
Kosongnya jiwa ini tanpamu di sisi wahai gadisku
Aku mahu mengetepikan segalanya
Aku mahu kau menjadi permaisuriku wahai gadis...

Namun malangnya kau kini dikebas musuhku
Peritnya hati ini menyedari rupanya tiada cinta darimu untukku...

Namun egoku tidak akan menyerah kalah...
kau akanku miliki
Tidak akan pernah aku membenarkan kesukaanku dirampas orang
Sekalipun kau menangis air mata darah untuk kembali kepada kekasihmu
Tidak akan aku lemah terhadap air matamu itu...

Kerana kini baru kusedari,
Kaulah wanita yang sangat cantik dalam hidupku selain nenekku

Wahai gadisku...
Akulah Sang Pujangga yang tak pernah lelah...

*Adaption from novel CINTA UNTUKMU (Siti Nur Dhuha)

~wassalam...~

Labels: ,