Owner Post Them Follow Dash



NurulFatin's
NurulFatin's

Owner


Hello and welcome to my blog
Studying BITZ (Computer Security) at UTeM
Unofficially 20
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
♥LIFE IS A STORY. MAKES YOURS THE BEST SELLER♥
[ENTER YOUR LINK HERE :)] >


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini





BICARA SANG GADIS

Sering kau mengganggu ketenteramanku
Sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi...

Aku dijadikan gurau senda olehmu
Aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu
Dan aku dijadikan bahan uji kajimu bagi melampiaskan segala kenakalanmu yang tidak ubah seperti Shin Chan
Letih diriku melayan karenahmu yang tidak pernah jemu-jemu mengusikku
Sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita
Kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah...

sungguh, tidak dapat aku membohongi diriku lagi
Betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
Tanpa aku sedari, aku telah terlalu biasa dengan adanya dirimu...

Bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi
Kesunyian membaluti sekeping hati
Aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah kasih sayang dalam sebuah persahabatan...

Benarkah perasaan untuk sahabat??
Aku sendiri keliru...
Wahai pujanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta??

Kutatap wajahmu di kala dirimu terleka
Rambutmu kulihat kusut-masai bagaikan penagih dadah yang tegar
Kulihat matamu yang kuyu di kala kau berbicara
Kau umpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur
Aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata, aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam yang mencari mangsa
Aku mencuri-curi melihat penampilanmu yan selekeh, kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan
Menyedari hakikat itu, kurasa teringin memanjat bangunan A Famosa lalu terjun ke bawah
Biarlah aku tenggelam ke dasar tanah yang dalam lagi kelam
Mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu...

Namun, kini kau telah pergi meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang
Terasa bagaikan melayang nyawaku ini daripada jasad mengharungi hari tanpamu
Hari-hari yang kulalui terasa asing sekali
Lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan...

Setelah kau kutemui kau telah berubah
Aku bagaikan tidak percaya melihat betapa kacaknya dirimu
Kau menjadi rebutan para jelitawan
Sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
Kau menjadi kaya-raya
Kerana rupa, kerana kekayaan, kau menjadi seorang lelaki yang cukup asing bagiku
Kau membuatku merindui pujanggaku yang sering kali menghiburkan hatiku...

Ohh... Betapa aku benar-benar mahu engkau seperti dahul
Pujanggaku, kembalilah seperti suatu masa dahulu...

Kerana gadis ini...
Amat merinduimu...

*Adaption from novel CINTA UNTUKMU (Siti Nur Dhuha)

~wassalam...~

Labels: ,