Owner Post Them Follow Dash



NurulFatin's
NurulFatin's

Owner


Hello and welcome to my blog
Studying BITZ (Computer Security) at UTeM
Unofficially 20
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
♥LIFE IS A STORY. MAKES YOURS THE BEST SELLER♥
[ENTER YOUR LINK HERE :)] >


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini





APA NOMBOR RAHSIA PERIBADI KAMU?

~ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 BLOGGER~


setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan dirinya. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Nak tahu nombor peribadi kamu? Jom kira!


[formula ringkasnya : campurkan tarikh lahir kamu.
contohnya 02/04/1996 : 2+0+4+1+9+9+6=31(3+1=4) jadi, nombor peribadi anda adalah 4]


NOMBOR 1:-
lambang keunggulan dan kejaguhan! nombor 1 merupakan makna keakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. rumah yang bernombor 1 pasti akan sentiasa makmur. tetmu juga suka datang kerana suasana tenteram, damai dan tenang. kalau orang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani dan berwawasan jauh. selain itu, dia juga mempunyai pendirian yang kukuh dan memiliki kekuatan fizikal dan mental.


NOMBOR 2 :-
nombor ini bersifat kekeluargaan. bagi kamu yang bernaung di bawah nombor ini, kamu mempunyai semangat kekeluargaan dan juga ikatan perhubungan yang sangat rapat. bagi kamu, keluarga juga adalah keutamaan dan kepentingan. selain itu, nombor 2 juga dikaitkan sebagai tanda boros dan kuat berbelanja. harus diingat, duit bukan mudah diperoleh dan sikap berjimat-cermat itu perlu bagi kamu yang bernanung di bawah nombor 2 ini.


NOMBOR 3 :-
ia adalah rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. bernaung di bawah nombor ini menjadikan kamu seorang yang pintar dan bijaksana. boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. setelah melalui beberapa kegagalan, barulah menemui kejayaan. selain itu, ia juga mudah untuk memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. sesiapa yang bernaung di bawah nombor 3 ini juga pintar menyelesaikan setiap masalah.


NOMBOR 4 :-
nombor ini membawasimbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. selain itu, ia turut membawa lambang kekuasaan, kestabilan, dan lengkap. ia stabil dan tidak mudah digugat atau dipengaruhi. pendek kata, mereka seorang yang tegas dan tidak mudah terpengaruh. kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.


NOMBOR 5 :-
ia adalah simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan mempunyai tahap intelektul yang tinggi. kekuatan penaung nombor 5 ialah pada kata-kata. mereka mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan dan seorang perayu yang cekal. selain itu, mereka juga seorang yang pandai memujuk.


NOMBOR 6:-
kalau nombor peribadi kamu adalah 6, kamu suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. hati kamu seperti tahu apa yang benar dan kamu juga sering mengikut kata hati. pendek kata, kamu adalah orang yang bermulut masin. kamu juga seorang yang suka berangan dan agak keras kepala. jaga-jaga dalam pergaulan kerana kamu yang sangat baik hingga tidak sedar ada yang sedang pijak kepala.


NOMBOR 7 :-
nombor ini lambang perlindungan. inilah nombor paling baik. selain itu, ia juga lambang pembalasan, pemerintah, pelindung. mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. bagi yang bernaung di bawah nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup ambil berat tentang benda-benda remeh dengan terperinci. kamu seorang yang pembersih, suka kedamaian dan suka keadilan. kepada yang selama ini suka ambil kesempatan, tunjukkan siapa diri kamu yang sebenarnya.


NOMBOR 8 :-
simbol kekayaan! ia mendorong ke arah menjadi semakin kaya dan juga masa hadapan yang cerah. bagi kamu yang bernanung di bawah nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup murah hati dan suka membantu orang lain. kamu juga bekerja dengan kuat untuk memastikan kamu dapat apa yang kamu hajati. kamu juga seorang yang kuat mendesak dan suka memaksa orang lain. sikap kurang sabar kamu juga perlu dibendung.


NOMBOR 9 :-
nombor ini lambang kebenaran. ia juga lambang tenaga yang kuat. sebab itulah ia mejadi simbol perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. bagaimanapun mereka yang bernaung dibawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapanatau mudah cakap lepas. tapi jangan bimbang walaupun mudah terlanjur, tetapi kamu seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. kamu boleh dikatakan sebagai sumber maklumat pada kawan-kawan.







*inihanyalahsekadarhiburansahaja.jikaterjadibermknaiasekadarkebetulan
adaption from majalah REMAJA 1 Ogos 2011


~wassalam...~

Labels: ,